Saturday 31 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN

Standard pembelajaran utama
(ST 4.1.2) Memerhati pelbagai jenis suhu air
Standard pembelajaran yang disepadukan
(PSE 1.1.3) Menyatakan sesuatu yang di sukai dan yang tidak disukai
Objektif
Selepas proses P&P ini, kanak-kanak dapat membezakan pelbagai jenis suhu air.
Alat dan bahan
Gelas pastik,air panas, air suam, air mineral biasa, dan ais.
Langkah
1.     Guru menyusun gelas di atas meja
2.     Gelas tersebut dilabelkan mengikut kelasnya (air panas,air suam,ais batu dan air biasa)
3.     Guru memberi penerangan kepada murid tentang pelbagai jenis suhu air.
4.     Misalnya bagaimana terjadinya air panas(iaitu dengan mendidihkan mengunakan dapur gas atau dapur elektrik)
5.     Kemudiaan  guru mengemukan soalan kepda murid selain kita mendidih ,cara bagaimana lagi dapat memanaskan air.(jawapannya jemur di bawah matahari)
6.     Seterusnya,guru menerangkan bagaimana terjadinya air suam iaitu,air mineral @ air biasa di campur dengan air panas maka jadilah air suam.
7.     Seterusnya, guru menerangkan lagi tentang terjadinya ais batu. Iaitu air biasa diletakkan dalam peti ais.maka berlakulah proses pembekuan.
Dengan ini terjadi lah ais batu
8.     Guru mengemukan soalan kepada murid  kita buat susu mengunakan air pada suhu yang mana?(air suam)
9.     Seterusnya, guru memanggil setiap kanak-kanak untuk menyentuh gelas yang mengandungi pelbagai jenis suhu ini. Supaya kanak-kanak mengetahui bagaimana rasa pelbagai jenis suhu air ini.
10.                         Guru bertanya kepada murid boleh ke kita main dengan air panas.jawapannya ,tidak boleh sebab ia bahaya.
Penilaian
Kanak-kanak dan guru bersoal jawab tentang P&P yang telah dipelajari tadi. Guru memastikan murid dalam keadaan selamat dan memberi tumpuan semasa aktiviti dijalanka

Refleksi
Kelemahan yang terdapat dalam rancangan pengajaran (RP) saya adalah amat membahaya bagi murid kerana saya mengunakan air panas akan tetapi saya perlu ada pembantu bagi mengawasi murid daripada terkena air panas/bahaya

Kelebihan RP saya adalah dapat menunjukkan secara jelas tentang pelbagai suhu kepada murid. Dan dapat  memberi pengalaman baru daripada pembelajaran ini kepada murid.


  Cadangan saya untuk lebih berkesan lagi adalah setiap suhu air yang saya buat(panas,suam,ais batu dan air biasa)di masukkan perasa seperti milo, susu,oren,sirap dan sebagainya. Dari situ kita bagi murid lihat pada suhu yang mana perasa itu lebih cepat larut dan seterusnya bagi murid rasa air tersebut.

No comments:

Post a Comment